Jom shopping benda pelik

Isnin, 18 April 2011

Ladang Anggur Tasik Beris

Aku berkesempatan pi melawat ladang anggur kat Tasik Beris. Memang tak sangka ada juga ladang anggur kat Sik, Kedah Ni.

Hangpa tengok la gambar-gambar dia.



Sapa nak masuk tengok dalam ladang anggur dewasa RM3 budak2 RM1.50 saja. Aku tak masuk pun. Cuma jengok-jengok ja.



Nampak tak galeri dia, nampak macam kat eropah.



Masa aku pi sini hanya buah jenis tak dak biji saja dijual. 100% organik. Tanpa racun. Boleh makan terus. Rangup... Memang best

Ahad, 7 November 2010

Kementerian Pertanian beri bantuan segera kepada petani di Kedah, Perlis

Kementerian Pertanian beri bantuan segera kepada petani di Kedah, Perlis


ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM26 juta kepada petani yang sawah padi mereka rosak dalam kejadian banjir di Kedah dan Perlis sejak 1 November lalu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya amat prihatin dengan nasib yang menimpa mereka dan akan memberi bantuan awal agar dapat meringankan beban golongan itu yang mengalami kerugian apabila sawah mereka rosak akibat bencana banjir besar yang melanda kedua-dua negeri itu.
"Pihak kementerian akan memberi input-input pertanian seperti benih padi, baja dan lain-lain yang diperlukan petani untuk membuat tanam semula setelah sawah padi mereka ditenggelami banjir.
"Ini kerana rata-rata padi berusia dalam lingkungan 30 hari yang membabitkan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan luar Mada berjumlah 45,453 hektar," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini hari ini.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi MADA, Datuk Seri Mahadzir Khalid, dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Bashah Md Hanipah.

Kawasan MADA yang terbabit ialah 30,052 hektar, luar MADA (Kedah) sebanyak 8,098 hektar dan luar MADA (Perlis) sebanyak 7,303 hektar.

Noh berkata, pihaknya mahu petani yang terjejas akibat banjir membuat tanaman semula bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti biasa dan memperoleh hasil pada masa yang ditetapkan.
"Sehingga kini 45,000 hektar kawasan tanaman padi rosak akibat banjir dan ini sudah tentu akan menjejaskan pengeluaran padi negara," katanya.+

Noh berkata, bantuan juga diberikan kepada mereka yang mengusahakan ternakan haiwan seperti ikan air tawar dan ayam yang turut musnah akibat banjir besar itu.

Katanya, bantuan akan disalurkan kepada mereka melalui agensi di bawah kementerian bagi membolehkan mereka beroperasi semula.

"Mereka yang terjejas pendapatan akibat banjir dan tidak mampu untuk membayar semula pinjaman yang dibuat di Tekun dan Agro Bank, kami akan membuat kajian secara terperinci bagi meringankan pembayaran balik pinjaman mereka," katanya. - BERNAMA

Sabtu, 6 November 2010

Banjir di Kedah - Satu bala dari Tuhan atau Bencana Alam?

Pada pendapat anda, Banjir di Kedah - Satu bala dari Tuhan atau Bencana Alam?

Yang mana satu betul?

Kalau anda rasa ia satu bala, pakat2 la kita manusia hina dina ni jom pi pakat minta ampun kat Tuhan.



Manusia mudah lupa. Bila dah senang depa lupa, bila dah kaya depa lupa, bila dah kennyang depa lupa, bila dah mewah depa lupa, bila dah moden depa lupa, yang paling dahsyat pakat-pakat lupa kat TUHAN.

Jangan sampai TUHAN laknat kita sudah.

Banjir ni pun sebahagian dari PERINGATAN TUHAN kat kita semua. Jangan la kita sombong dan bongkak sampai tak mau mengaku banjir ni salah satu dari bala TUHAN kat kita semua.

Apa pendapat hangpa semua

Laporan Terkini Banjir Kedah: Paras Air Dan Penutupan Jalan - 6 Nov 2010. Jam 4.30 PM

Laporan Terkini Banjir Kedah: Paras Air Dan Penutupan Jalan - 6 Nov 2010. Jam 4.30 PM

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang, tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan, manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga; Pokok Sena, 1,480 mangsa daripada 250 keluarga; dan Pendang, 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. – Bernama

Banjir di Kangar Perlis

Banjir di Perlis

Jom Shopping di Mudah Mall.com